27 March 2011

Tuntutlah ilmu hingga ke negeri china

walaupun hadis tersebut dikatakan hadis dhaif(lemah) dan ada yang meriwayatkan hadis tersebut adalah hadis palsu, tetapi apabila dipandang daripada sudut positif, byk pengajaran yang dapat diambil dari negara tersebut..pada pertengahan bulan yang lalu, aku berpeluang menjejakkan kaki ke negara china untuk mengenal budaya,cuaca dan persekitaran di sana..sungguh..aku kagum dengan cara hidup mereka..hidup yang tiada peraturan tetapi mempunyai disiplin yang kuat serta sifat tidak suka berlengah,suka berniaga dan dalam islam 9/10 punca rezeki adalah dengan berniaga..ada sesetengah mereka yang begitu naif..gembira bila gambar2 mereka diambil dan begitu ramah untuk bertegur sapa walaupun menghadapi masalah bahasa..

aku tidak memahami bahasa mereka dan mereka juga tidak memahami bahasa inggeris apatah lg bahasa melayu..tp kesungguhan mereka untuk menerangkan sesuatu benda dgn bahasa ibunda mereka amat aku kagumi.walaupun tidak pandai berbahasa inggeris..mereka tetap maju..tiada peraturan jalan raya, tidak malu untuk berbasikal, tiada penggunaan kad kredit dan skim pembayaran ansuran..tiada juga charge tersembunyi..

err...agak skema pulak ayat aku..hehe

ok..

aritu aku just pegi area yiwu dan hangzhou...tapiii...tak puassss.....hee...aku pegi selama 5 hari..mmg tak cukup...ditambah lg dengan masalah kewangan...rasa nak pegi lagiiii....memang adhoc punye plan..tah mcmana bulan lepas terasa nk ikut kawan akak aku pg china..so kami pun beli tket air asia yang agak mahal..sbb da dekat dengan tarikh fly kan..2 hari sebelum pegi,sempat lagi aku sambar canon 550d..haha...semua tertanye2 aku dapat bonus ke?sebenarnye tak pun...aku pg pun berhutang...haha...tp hutang ngn akak aku je...sebab die yang mulakan plan nak pegi china ni...nak mengintai2 peluang bisness katanye...nak tengok2 barang ape yang ade kat sana...

sampai je sana..waHHHhhh...sangat besar pusat wholesale tu...memula kami pergi ke kawasan bunga,rasa nak bukak kedai bunga.nmpk kedai aksesori,rasa nk bukak kedai aksesori.then nmpk kedai jual kristal, nk jual kristal plak.kakak aku punya la menggila bila nmpk kristal..mmg salah satu koleksi die kat rumah(koleksi org kaya)..then terus disambarnya 13 bijik (starting nk buat bisness beli cket2 plus tak tau market kat malaysia mcmane). so akak aku order dan masuk kontena..ok.. 1 lg benda yang aku salute dgn diorng ni, walaupun kami tak penah beli barang2 daripada kedai mereka, tp mereka percaya dengan customer..cara untuk membeli adalah

1.kene beli byk..biasanya minimum 1 carton.kalau brg mahal,boleh la beli cket..kalau mcm keychain minimum order 1200 pieces per carton..huhu..(siyes aku da tanye dan aku sangat suka dengan keychain itu).
2.xpayah deposit..order je ikut suke.tp ada kedai yang mintak gak deposit tp just dlm rm50.klu boleh, nego dulu cakap taknak byr deposit.
3.agen akan kumpulkan barang kita kat warehouse,bile da cukup barang, akan dimasukkan dlm kontena.1 kontena berukuran 1 meter setengah padu..dan harganya rm350 dijamin sampai ke depan rumah
4.agen akan ambil 5% daripada harga setiap jenis brg yang diorder (nk jimat blh settle sendiri tanpa melalui agen)

harga2 kat sana mmg terrrrsangatttt la murah...balik malaysia terasa xde nafsu nk shoping kat malaysia sbb rasa harga kat sini berganda2..tp nk pg ke sana tah bila la kan...tp xpuas sbb tak habis round2 bahagian gajet2..byk barang yang aku nk usha kat tempat tu..tp tak ckup masa..ditambah dengan kami sudah tak ada RMB..ok satu lg peringatan untuk sapa2 yang nk ke china...sila tuka duit yuen kat malaysia sbb china TAK TERIMA DUIT MALAYSIA kecuali bank HSBC..hanya HSBC je yng blh tuka duit ringgit malaysia..tp sgt susa nk cari HSBC kat sana dan kat sana SGT SUSA nak pkai KAD KREDIT.(salah satu bende yang aku kagum.mesti diorng takde hutang kan). so korang tuka la duit china kat malaysia byk2..aku difahamkan, hongkong pun camtu gak..

so masa kat sana kami kekurangan RMB jadi kat kawasan sutera hanya mampu mencuci mata tgk sutera cantik2 dan lembut...nk beli takleh...dan harga kain sutera kat sana mmg sgt la murah....kat sini 2 3 kali harga..huh sgt untung la penjual sutera kat malaysia ni...sib baik lah aku smpat beli kamera yang agak canggih walaupun aku tak belum reti guna.so blh la mengubat hati xdpt beli ngan snap2 gmbr kat sana..hehe...ok sila tgk gmbr dibawah







yeAy...aku berjaya menjejakkan kaki ke negeri china..





3 comments:

  1. yeay dan saya jeles...

    ReplyDelete
  2. huh.. patutlah gambo lawa.. rupanya angkat camera baru... nasib baik utang ngan k wa, kalau kad credit... hehheehehhehe....

    ReplyDelete