30 March 2011

sesuatu yang tidak disangka


hari ini, aku telah dibukakan hati untuk membaca buku ini...MasyaAllah...sungguh indah...aku seperti terbuai-buai bersama kehidupan mereka..sungguh tenang,ceria, gembira tetapi tidak melupakan yang Maha Pencipta sehingga aku merasa cemburu dengan mereka...tetapi layak kah aku untuk merasa cemburu? solehahkah aku untuk mendapatkan seorang yang soleh?

*berfikir*
.....................................................................


selepas habis membaca, aku melihat facebook ku..ada 1 friend request.aku amat mengenali gambar ini..walaupun penah melihat gambar ini 10 tahun yang lalu,tetapi masih lagi sentiasa didalam ingatan...

aku rindu dengan orang itu...mana mungkin aku lupa.belum pernah ku jumpa orang sebaik dia apatah lagi yang lebih baik..dengannya aku merasa tenang,merasa selamat, merasa gembira,merasa dihargai dan disayangi. orang yang sentiasa sabar dan tenang menghadapi kerenah ku,kehendakku...
dia menyayangiku sehingga akhir hayatnya...adakah aku mampu berbuat begitu juga?

mungkin bidadari syurga lebih layak untuk dia....

walaupun hanya dapat melihat wajah saudara kembarnya, tapi sekurang2nya terubat juga rindu ini...

*al-fatihah buat haiqal husin*

diam itu membahagiakan

sejak kebelakangan ini, aku tiada nafsu untuk bersosial, tiada nafsu untuk berbual bersama rakan-rakan di pejabat atau di alam maya apatah lagi ditelefon..aku tidak mahu mendengar kata-katamu.maaf.aku bukanlah pendengar yang baik.
ketika ini aku lebih selesa untuk mencari bahan bacaan untuk aku berfikir..dan meluahkannya diblog ini...ya..aku perlukan telinga yang mendengar keluhanku tetapi tidak mengkritik atau mengulas apa yang aku luahkan..dengar sahaja..jangan berkata apa-apa..

gelap.sunyi.sepi.sendiri

begitu banyak perkara yang difikirkan..begitu banyak persoalan yang bermain-main difikiran ku..berfikir tentang alam, berfikir tentang kehidupan. juga mencari ketenangan, mencari kebenaran dan mencari petunjuk untuk mengenali diri sendiri..apa yang diri mahukan, apa yang diri mencari..susah untuk difahami..apatah lagi orang yang bukan empunya diri..sukar dimengertikan...

susah bukan?

terrr...pelecok

sekadar gambar hiasan

apa yang anda akan lakukan sekiranya kaki anda tiba2 terpelecok ketika anda berjalan seorang diri di tempat orang ramai??






mak limah: siapa suruh berjalan sambil bercakap di telefon bimbit..mind your step!

tidur

kalau anda rasa sakit leher ketika bangun dari tidur, jangan salahkan bantal anda. salahkan diri anda kerana anda  tidur dengan keadaan anda yang tidak bersedia untuk tidur.

antara contoh tidak bersedia untuk tidur :-

1.tidur dengan tidak basuh kaki,berus gigi
2.tidak tutup lampu(siapa yang tidak boleh tidur dalam gelap boleh dimaafkan)
3.tidak tepuk2 bantal atau membetulkan kedudukan bantal
4.tidak membaca doa sebelum tidur
5.menonton television sehingga anda tidak sedar bahawa television sedang menonton anda tidur






mak limah: aduh sakitnya leher..salah bantal-lah ni