-Sebagai tempat perbincangan di ruang komen atau chat box dari pelbagai lokasi di seluruh dunia.
-Melatih kemahiran menulis, walau dalam pelbagai bahasa.
-Melatih kemahiran seni reka digital, terutama design blog, kod CSS atau ‘blog skin’.
-Tempat menyampaikan idea, gagasan atau tugasan, jika Anda seorang pensyarah, atau guru.
-Tempat untuk seseorang itu berkongsi cerita kisah suka, duka,keperitan,keceriaan dan sebagainya
blog juga mempunyai beberapa kategori
1.blog peribadi
2.blog perniagaan
3.blog informasi
4.blog komuniti
secara jujurnya,blog aku ni aku nak kategorikan sebagai blog peribadi..hehe..sbb kat blog ni aku suke bercerita tentang hal peribadi aku..pasal hidup,kerja,keadaan sekeliling,family...ya..aku ingin berkongsi dengan pembaca (klu ade yg nk bc la)..fakta2 ni aku xbrapa reti nk bercerita..byk yang aku copy and paste dr sumber lain.tapi bile anda bercerita tentang diri anda di dalam blog,mungkin anda akan terdedah kepada perasaan2 yang tidak elok dari pembaca2..contohnya perasaan hasad dengki,bersangka buruk,perasaan cemburu dan sebagainya..
sebagai contoh,jika anda bercerita tentang kepenatan anda di tempat kerja,mungkin ada pembaca yang akan meluat dengan keluhan anda..mungkin mereka akan berkata "ah..macam die sorang yg bekerja dlm dunia ni" ataupun kamu upload sebanyak2 gambar makanan yang kamu masak.tujuan kamu hanya untuk berkongsi menu atau sebagainya..mungkin ada pembaca yang akan membuat spekulasi mengatakan "konon la tu pndai masak pastu tunjuk2 kat blog..nak biakan lelaki/perempuan terpikat la tu"..itu mungkin kata-kata pembaca2 yang berbagai2 perasaan negatif ketika membaca blog anda.aku pun pernah juga berperasaan begitu..tp tahukah anda pembaca sekalian..dengan berperasaan begitu ia hanyalah akan merugikan diri anda sendiri.anda akan berfikiran negatif,berburuk sangka,dan jika anda bercerita kepada orang lain pula mungkin akan menimbulkan perasaan tidaksenang hati dan membawa kepada umpatan atau fitnah..tidak penatkah anda untuk memikirkan sesuatu benda yang sebenarnya tiada apa-apa?
marilah kita sama-sama mengubah persepsi kita kepada blogger yang suka menceritakan kisah hidup seharian mereka.bukankah sesuatu yang menyeronokkan jika kita tahu perkembangan kawan2 kita melalui blog,bukan?kepada sesiapa reader yang menjadikan blog sebagai sumber untuk dijadikan bahan cacian,umpatan,carutan,silalah tinggalkan blog aku nih..tidaklah kamu berasa panas hati dan tidak puas hati nanti.mungkin kamu hanya sesuai untuk membaca blog berbentuk fakta sahaja!