24 June 2009

aiyaiyai...

jam menunjukkan hampir pukul 4 pagi..tak tau mengape sejak kebelakangan ini payah betul nk melelapkan mate..xtau lah mengape..ditambah dengan berita kematian rakan membuatkan aku makin tak mampu nk melelapkan mata..semakin lama semakin byk kenangan tentang arwah yang bermain di otak ku yang agak bergegar skang ni..rakan2 yang lain pun begitu..masing2 masih terkejut dengan pemergiannya..

setiap yang hidup pasti akan mati....
kite yang masih hidup perlu meneruskan perjalanan....
setiap detik dan saat perlu bersedia dengan segala ketentuan...
mati itu pasti...
tp tiada siapa yang tahu bila waktunya diri kita akan dijemput oleh-Nya

kehilangan..

semalam, aku telah dikejutkan dengan berita bahawa salah seorang dari rakan kami iaitu afzal fadzi telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya.ini adalah kali ketiga aku kehilangan orang yang agak rapat..pemergiannya amat dirasai..kenangan bersamanya ketika kami slalu lepak beramai2 bersama tidak dapat aku lupakan..arwah seorang yang baik,kelakar dan gelagatnya yang sentiasa bersemngat ketika mmbuat sesuatu perkara atau berceritakan sesuatu perkara kadang2 mencuit hati kami.semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan digolongan orang-orang beriman..

Al-Fatihah Mohd Afdzal Mohd Fadzi 7/7/1984 - 22/06/2009

berita tentang arwah afdzal