07 June 2009

ganu kite


pertengahan bulan yang lalu, sands consulting sdn bhd telah mengadakan company trip ke terengganu..aktiviti utama yang dirancangkan adalah mencandat sotong dan snorkling di pulau kapas..so kami bertolak dari bangi pada jam 10stgh pg dengan menaiki bas yang telah disewa.perjalanan mengambil masa kira2 9 jam..huh!perjalanan yang agak lama..
kami tiba pada jam 7 ptg..dan kami telah menginap di Anguilia beach resort di daerah Marang..

aktiviti pertama : candat sotong

selepas mendapat bilik dan meletakkan barang masing2 kami terus bergerak ke jeti pulau kapas untuk mendapatkan bot untuk kami pergi mencandat sotong.kami telah diberi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan team moon dan kumpulan team bikay...pembahagian kumpulan ini adalah untuk mengadakan perlawanan kumpulan mana yang berjaya menangkap sotong paling byk..kami telah dibawa ketengah laut dgn menaiki 2 buah bot..sepanjang perjalanan kami dapat melihat ikan yang melompat2 secara berkumpulan..kelihatan sungguh comel sekali ikan2 tersebut. tiba di lubuk sotong,pakcik bot beri kami alat mencandat setiap seorg.kami pun memulakan aktiviti mencandat...cara mencandat seperti bermain layang2 ataupun gaya berdikir barat lagu ewow bulan..pencandat(erp betul ke pekataan ni) perlu menarik2 tali candat supaya sotong tersangkut di cangkuk candat (sori aku tak tau term yang betul..main belasah je nih)..lenguh gak tangan sbb sentiasa kena menarik2 tali candat tu..tak macam pancing ikan,bleh tinggal je joran tuh..nmpk joran gerak2 maknenye ade la ikan yang tersangkut..tp candat sotong nih lain cket..kite kene rs candat tu berat dr biasa atau tak..klu rs2 cam berat try tarik tali tu smpai atas..nasib2 ade la sotong yang tersangkut..sotong ni tak meronta pun..tp die akan menyemburkan dakwat hitam ble naik ke permukaan..so ms nk tarik sotong tu berjaga2 lah supaya tak terkena dakwat hitam tu...so ni pengalaman pertama aku..agak menyeronotkan lah..bertambah seronok bile aku the only one pompuan yang dpt sotong...hehe...yg lain2 tu smpai lenguh2 tangan sotong xmo sangkut gak..xpe..bleh exercise tangan..hehe...selepas lbh kurang 4 jam duduk atas bot da rmai yang mabuk2 laut..aku lak rs tak puas lg nk bercandat..

tibe-tibe...

enjin dan lampu bot terpadam...dan terhidu bau hangit.alemak kami sume da terdiam kecuakan...dala kat tgh2 laut..erkk...bile pacik bot check2 rupenye ade ikan kembung mensabotaj bot kami..ikan tersebut telah melompat ke dlm enjin dan membuatkan generator tebakar..huhu..kami tanye pacik tu "so bleh trus candat tak nih"..pacik tu bls "bleh tp bahaye..nnt tercandat lubang idung orang lain plak sbb gelap"...isk2..pndai plak pacik ni wat lawak..so kami tepakse pulang ke jeti dgn hasil candatan hanya 9 ekor sotong..manakala bot 1 lg meneruskan pencandatan mereka..


nota tambahan:hasil candatan kedua2 bot adalah sebanyak lbh kurang 30 ekor sotong yang sebesar dan sepanjang lengan en shah.2 ari berturut bbq sotong..smpai kami sume demam sotong..rs2nya mmg sebulan tak lalu nk makan sotong dah..









aktiviti kedua : snorkling

pada keesokan harinya kami pergi ke taman laut di pulau kapas untuk mejalankan xtvt snorkling.aku yang membuat persiapan tak brape terperinci telah membawa kamera underwater.sgt xcited untuk bersnorkling..yelah..ms pg sipadan aku tak ade kamera underwater lg...so aku membawa harapan yang tinggi untuk merakamkan gambar2 ikan dan karang laut yang bewarna warni.setelah memakai semua kelengkapan untuk bersnorkling,instructor telah membawa kami ketengah laut..sakan lah aku mengambil gmbar wlaupun keadaan dasar laut amat mengecewakan aku...byk karang laut yang telah mati.mungkin disebabkan pemanasan global dan sampah sarap yang telah bekumpul..ikan2 juga tidak semenarik seperti di sipadan..bertambah mengecewakan aku apabila kamera aku kehabisan bateri!huh..trus xde mood..xsempat nk amik gmbr ramai2 kat dlm laut..









broga hill

pada 30 may yang lalu aku telah pg mendaki bukit broga di semenyih.
untuk menjalankan ekspidisi tersebut aku perlu bangun seawal 4 pagi!
sebenarnya mengikut jadual asal,aku perlu sampai ke tempat pengumpulan peserta2 pada jam 5.45pg..da aku tak perlu bangun seawal 4 pg untuk smpai ke tpt itu memandangkan masa perjalanan hanya mngambil masa selama 15 minit.
tp disebabkan aku memvolunteerkan diri untuk membuat bekalan sandwich sardin kepada peserta2 terpaksalah aku bangun seawal itu untuk membuat sandwich tersebut..
aku tiba di tempat berkumpul pada jam 6 pg..terlewat sedikit dr ms yang dijanjikan..
kami berkumpul di petronas berdekatan kaki bukit dan bersolat subuh di situ smbil menunggu rakan2 yang lain yang belum tiba..
kami memulakan pendakian pada jam 6stgh pg..
kelihatan sudah rmai kumpulan2 lain yang sudah memulakan pendakian..
kami mendaki seawal itu untuk melihat matahari terbit..
tanpa sempat memanaskan badan kami trus mendaki..
menurut orang yang berpengalaman,jika pendaki mempunyai stamina yang tinggi,perjalanan mengambil ms setengah jam..
oleh kerana kami yang semuanya ala2 penternak lemak,perjalanan kami mengambil masa dlm 1 jam..(kire ok la tuh)hehe....
pendakian bermule dengan melalui ladang kelapa sawit dan kemudian mengharungi hutan yang tak berape cam hutan..keadaan bukit yang agak curam menyukarkan kami untuk mendaki..yela..masing2 kurang stamina..
br mendaki sikit da semput...hehe...
tp disebabkan terbayang keindahan puncak bukit membuatkan kami tidak berputus asa dan kembali bersemangat untuk meneruskan pendakian..bak kata encik machonyer "sebelom sampai kepuncak yg cantik semak belukar harus diredah,begitu la agaknya kehidupan manusia,setiap yg susah pasti akan disusuli yg indah"...chewah
bile kami dah berjaya smpai ke puncak,rupa2nya sudah ramai yang telah smpai ke puncak dan menunggu matahari terbit...tp sygnye cuaca pada hari itu tidak begitu baik...cuaca redup dan matahari malu2 untuk memunculkan diri...xpela...lain kali kami datang lg dan akan tunggu matahari terbit...so kami kat atas bukit tu berposing la sakan...seolah2 berjaya menawan puncak kinabalu..padahal bukit je...tp xpela...walaupun bukit tp keindahan kat atas tu tidak dpt digambarkan dengan kata2...so korang tgk la gmbr2 kat bwh nih