29 June 2009

berkalau kalau

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:

”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah,
maka jangan engkau berkata:
”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”

[Riwayat Muslim]

kisah cicak


Segala penghuni petala bumbung dan lantai sudah berkumpul.
Mamalia ada, reptilia ada, berdarah panas menggelegak pun banyak, berdarah sejuk yang kuat rajuk pun melata. Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah.
Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan.
Pertandingan memanjat pokok pinang.

30 makhluk ciptaan Tuhan tampil ke depan. Mahu berentap memanjat ke awan. Habuan yang ditawarkan pun agak lumayan. Siapa mendengar pasti tertawan.
Sang murai menjerit girang, tanda persaingan bermula sekarang.
“Ayuh, ayuh! Jangan mudah berputus asa,” jerit sang punai menyorakkan tupai.
“Panjat, panjat! Siapa cepat dia dapat!,” sorak si badak mengusik si katak.
Tupai, katak, beruk dan lotong, memanjat-manjat mara ke atas. Menoleh ke kanan menoleh ke kiri, sesekali mencanak telinga mendengar sorak rombongan rimba. Sorak yang kuat menambah semangat. Sorak yang semangat menambah kudrat.
Tapi pinang bukan sebarang pinang. Licinnya kulit bukan kepalang. Basah pula dek gerimis petang, tidak beranting tidak berdahan. Hanya batang, tinggi kepalang.
Peluh memercik sengalnya tulang, pucuk pinang masih menjulang. Jauh lagi sebuah kemenangan, untuk juara mengecap kejayaan. Satu demi satu peserta jatuh. Letih, sakit, lenguh, tersepuh. Hanya tinggal segelintir yang keras hati, terus mara tidak peduli.
Warga rimba berubah hati, dari dorong kepada maki. Tadi beri semangat kini mencaci mengumpat. Tangan masih bersorak, mulut mengeji mencanak.
“Sudah-sudahlah, jangan ditamak hadiah yang banyak. Benda mustahil jangan kejar sampai terkucil,” ujar sang platipus memuncung-muncung.
“Kalau kamu mahu sangat tawaran itu, datang sahaja ke sarangku, akan kubelanja!” tawar si merak yang megah berlagak.
“Baliklah, hari sudah petang. Ingat di reban, keluarga tersayang” panggil sang itik, terkedek-kedek.
Satu demi satu peserta hilang semangat. Tubuh penat, basah keringat. Kudrat tadi semakin susut, ghairah pagi menjadi kecut. Tupai yang lincah jatuh ke tanah, biawak yang buas tergelincir terhempas. Batang pinang tinggal sebatang, hanya seekor cicak berjuang.
“Hahaha! Bodohnya cicak itu. Entah apa yang dia mahu” ketawa si beruk bermuka buruk.
“Uhuhuh! Cicak tamak tak ingat anak. Mengejar hadiah tak nampak rumah!” ejek sang kancil tak padan kecil.
Cicak terus mencanak.
Batang pinang dipanjat tak kira orang.
Walau panjatnya lesu perlahan, pinang dipanjat mencapai awan. Bayu petang menghembus kuat, cicak bertahan tak patah semangat. Biar pun diri tinggal sendiri, cicak langsung tidak peduli.
Jika tadi semua mengeji, timbul kagum semua berdiri. Kutuk tidak didengar lagi, kata semangat kini kembali. Cicak mula terima sorak, jangan undur teruskan tempur. Hadiah bukan tawaran sebarangan, lumayan sekali jangan disesiakan.
Sampai di puncak, tersenyum cicak. Cita-cita sudahlah nyata. Tahun ini cicak juara. Hadiah lumayan miliknya jua.
Datang wartawan mencari cerita. Bertanyakan rahsia semangat yang waja. Cicak tersenyum tanpa bicara, soalan ditanya, tiada jawabnya.
Fahamlah semua rahsia sang cicak, rupanya dia CICAK YANG PEKAK.
PENGAJARAN
Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan.


sumber : www.saifulislam.com

28 June 2009

tdo...tak tdo...

lately ni jadual tdo aku sangat teruk...kalau harini aku tdo 1-2 jam sbb tak bileh tdo,esoknye plak sure aku pengsan setgh hari..aku akan tdo lebih dr 12 jam..huhuhu...aku xtau cane nk betulkan blk jadual tdo aku nih...bile dtg time tak ngntuk,guling-guling mcm tenggiling,golek golek cam ayam golek pun aku tetap tak bleh tdo..esoknye plak mmg ade hal yang aku kena bangun awal..mmg dapat tdo dalam 1-2 jam je lah...pastu ble hal tu da settle,ptg or mlm aku mmg trus terpengsan sampai pagi...dasyat tul rs..

sbb penyakit aku ni gak aku bleh tetido mase robot2 transformers tgh bergaduh...hahaha...org lain dgr mmg giler tak puas ati sbb diorng kene beratur panjang sbb nk belikan tket n ade gak yang tak puas ati sbb da cari tiket nk tgk cite tu tp sume da full...yang aku plak da dpt tgk tp tdo dlm panggung..hahaha....nak wat cane...mmg mate xleh tahan..rs cam pas mkn ubat tdo je...tak sedar pape...hadoi...

harap2 bile mak aku dtg, jadual tdo aku akan kembali normal..pg td akak aku da dimasukkan ke hospital...harap2 xde perkara buruk yang berlaku dan semoga akak aku selamat melahirkan baby die...mak aku da on the way dari kg...Yeepee \:D/

27 June 2009

minggu yang hangat

arini aku blk dr opis kul 1 pagi..huhu...system ade bende yang kena ubah..ade kene wat function yang kitorng tak penah buat dengan menggunakan ATK framework. so dr petang aku ngn project manager aku sama2 men-try function tu smpai bleh jalan..memule aku cam da giv up da..mengantuk smpai tersengguk2 da aku tunggu pm aku settlekan function tu..sgt bersemangatlah pm aku tu.slalu je aku rs serba salah dgn die.yela..klu ade bende tak settle,seboleh2nye die akan settlekan time tu gak..klu harapkan aku,jgn harap la..klu rs da busan asyik wat tak dpt2 mmg aku bungkus latop pastu blk umah tdo..heehe...mayb aku kene jdkan pm aku sbgai idol aku..br semangat wat keje..hehe..

ptg smlm lak aku pg ke hietech padu untuk discuss pasal integration system..aku rs cam otak aku bergegar sbb kena ingtkan blk bende2 yang aku blaja ms kat Utem dulu. byk term2 yang aku da tak ingt..huhu..business inteligent la..EIS..MIS...reverse engineering..hehe..discussion tu pun ade involved ngn project management gak..adoiyai..byk betul la yang aku kene blajar..ms miting tu aku cam tak tau pape..nk kuarkan pendapat pun cam xtau nk bg pendapat ape..sib baik pm aku ade..die menjwb sume soklan ngn yakin je..mcm sume bende mmg die terer..tp ble otw nk blk,dlm kete,aku tanye la soklan2 yang didiskuskan kat hitech padu tu..pastu br pm aku ckp sbnrnye die main ckp je..xpenah buat pun..tp penah dgr..die ckp xpe...blk kang kite study la...hahah..camtu rupenye...papehal kene jwb ngn yakin...

lagi 1 experience yang aku dpt dlm minggu ni ialah pegi dgr tender briefing..haha..aku pun xtau nape lak aku yang kene pegi...padahal company aku ade org sales n marketing..nk kate org tu bz tak pun..agak tak puas ati gak la..da la gaji lg tinggi..saba jela...tp xpe...aku bleh blaja something new kan?(haha...ayat pujuk hati)

so skang aku da tau da cane cara2 nak participate untuk dptkan projek tender nih...rupe2nye mmg leceh gak procedure die..project yang aku dengar tu pun mungkin bernilai jutaan ringgit...company yang datang ke tender briefing tu pun lebih dari seratus company...wahh..mmg sgt kena compete la..besenye goverment akan pilih company yang tawarkan harga yang paling rendah..tp setiap company kena buat culculation supaya tak mendatangkan kerugian kepada company...so mmg kena betul2 calculate la..pastu sume requirement yang diperlukan perlu dipenuhi...susa gak dari seratus company nk pilih satu je..klu terkurang cket je mmg confem kene reject lah..

masa tender briefing gak, aku ade tau pasal e-perolehan dan credit data center (CDC)..so minggu ni mmg byk benda yang aku blajar lah..minggu depan pun jadual aku penuh ngn miting n training...huhu...bile la gaji nak naik...

26 June 2009

hati berdebar otak bergegar


bdebar-debar plak ati aku..sok aku akan menghadiri majlis perkahwinan besfren aku..norashikin aziz.heh.die yang nk kawen pesal plak aku yang berdebar kan?hahaha..tahla..aku harap majlis die berjalan dengan lancar..memandangkan semasa persediakan menjelang hari bahagianya,beberapa masalah telah timbul..tp Alhamdulillah sume dapat diatasi..aku pun ditugaskankan untuk jd pengepitnya esok..haha..pengapitlah..bukan pengepit..1st time aku jd pengapit org nih..tp klu adik die available,adik die je la kut yg jd pengapit..aku just standby je...

debaran ke-2 aku plak pasal akak aku nk melahirkan baby yang dijangkakan akan lahir pd 4 julai..aku pun bdebar2 gak sbb yang 1st dulu die bersalin secara caesarean. harap2 kali ni dapat bersalin normal dan selamat melahirkan baby yang comel.mungkin jadual harian aku akan bertukar sepanjang proses akak aku berpantang..akak aku berpantang kat rumah bangi je..mak aku pun dpt dtg ke kl selama seminggu je.so aku lah yang mungkin kena jaga makan minum akak aku..hehe...xpe2...sume tu bisa diatur..xsaba aku nk dpt anak buah baru..tak saba nk tgk izzat jd abang





25 June 2009

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA



Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar ...pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...

8. Riak -terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang.Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

9. Cinta dunia -tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.Kesimpulannya, yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya.

24 June 2009

aiyaiyai...

jam menunjukkan hampir pukul 4 pagi..tak tau mengape sejak kebelakangan ini payah betul nk melelapkan mate..xtau lah mengape..ditambah dengan berita kematian rakan membuatkan aku makin tak mampu nk melelapkan mata..semakin lama semakin byk kenangan tentang arwah yang bermain di otak ku yang agak bergegar skang ni..rakan2 yang lain pun begitu..masing2 masih terkejut dengan pemergiannya..

setiap yang hidup pasti akan mati....
kite yang masih hidup perlu meneruskan perjalanan....
setiap detik dan saat perlu bersedia dengan segala ketentuan...
mati itu pasti...
tp tiada siapa yang tahu bila waktunya diri kita akan dijemput oleh-Nya

kehilangan..

semalam, aku telah dikejutkan dengan berita bahawa salah seorang dari rakan kami iaitu afzal fadzi telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya.ini adalah kali ketiga aku kehilangan orang yang agak rapat..pemergiannya amat dirasai..kenangan bersamanya ketika kami slalu lepak beramai2 bersama tidak dapat aku lupakan..arwah seorang yang baik,kelakar dan gelagatnya yang sentiasa bersemngat ketika mmbuat sesuatu perkara atau berceritakan sesuatu perkara kadang2 mencuit hati kami.semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan digolongan orang-orang beriman..

Al-Fatihah Mohd Afdzal Mohd Fadzi 7/7/1984 - 22/06/2009

berita tentang arwah afdzal

21 June 2009

aku dipinang orang?

pada hari itu,rumah ku telah didatangi oleh beberapa org tetamu yang tidak di kenali..masing2 memakai pakaian yang sopan..yang perempuan ayu memakai baju kurung..yang lelaki ada yang berbaju melayu dan ada yang berkemeja kemas..ibu ku menyuruh ku pergi ke dapur untuk membuat air dan juadah yang boleh dihidangkan kepada tetamu...aku melihat mereka membincangkan sesuatu bersama ibu ku..tetapi aku tidak mendengar butir bicara mereka..

beberapa ketika..ibuku memanggil ku...dengan sopan dan penuh keayuan,aku menghampiri ibu..dan bertanya kan ibu

aku : ade ape ibu?
ibu aku : tetamu kite ni datang dr tutt...diorng dtg ni bawak hajat
aku :hajat?hajat ape?
akak A : camni ima...akak datang ni nk meminang ima untuk suami akak..sudi tak ima terima pinangan akak untuk suami akak?
aku : (dalam hati)..what?pinang untuk suami?hilang akal ke ape?apesal akak ni baik sgt?

aku hanya terdiam..terkejut mungkin..akak yang baik hati tu menyambung lagi..

akak A : xpelah..ima pk la dulu...suami akak ni nk sangat beristerikan ima..kalau ima sudi terima,besar hati lah akak terima ima sebagai madu akak

huh..terberenti jap jantung aku..baiknye akak ni....betul2 ikhlas ke ape...tetapi aku hanya mampu berkata2 di dalam hati..mulutku seakan2 terkunci...kenapa aku tidak mampu bersuara..

akak A : ima pk la dalam masa seminggu ni..nnt seminggu lagi akak dtg lg bertanyakan jawapan dari ima

aku : baiklah kak

hah?itu je yg aku mampu jawab?

seminggu berlalu....aku didatangi lagi tetamu yang tidak diundang itu

akak A : macamane ima?da habis pk?suami akak ni seorg yang baik hati..bertanggungjawab..dan seorang yang adil..akak tak kisah klu kita berkongsi kasih..kite boleh bersama2 menjaganya kelak

huuuhh...baiknye akak nih...ade lagi rupenya isteri yang sanggup dimadukan dan boleh memilihkan isteri kedua untuk suami..kagum aku...

aku menarik nafas panjang2..dan dengan tenang aku menjawab

aku : akak..saya hargai kebaikan akak tu..inilah pertama kali saya berjumpa dengan isteri yang sanggup berkongsi kasih suami dgn perempuan lain..saya sangat kagum dengan akak..tapi,saya terpaksa menolak hajat akak tu..sbb saya mmg tidak mahu bersuamikan suami orang..mungkin akak tak kisah untuk berkongsi kasih..tp saya tidak mampu..jadi saya nk mintak maaf dengan akak..saya terpaksa menolak hajat akak tu...

akak A : apa??tergamak ko menolak?nah amik ko!!DUSH2...

bibir ku terasa sakit..ku raba bibirku..berdarah...huh..apehal akak nih?gile ke ape?aku xnk kawen ngn laki die apesal aku lak kene tumbuk..isk...

DUSH!!!

kepala ku berpinar...hidung ku terasa sakit....


DUSH lg sekali...kali ini mata aku pula terasa sakit...aku terkulai layu tanpa ada sesiapa yang menolong...aku kehairanan..kenapa sampai begini skali?apa salah aku?kepalaku sakit dan aku hanya nampak kegelapan..dan aku pengsan..

beberapa minit kemudian aku tersedar..aku memegang mataku,bibir ku,hidung ku...semuanya masih dalam keadaan elok..tiada darah...dan aku kini berada di bilik ku..di atas katil ku...

ohh rupa2 nya aku bermimpi...fuhhh

happy father's day

SLAMAT HARI BAPA...


kepada yang dah jd ayah atau pun ayah kepada member2 aku sume,ayah kepada anak2 sedara aku,aku nk ucapkan slamat hari bapa...

dulu masa aku berayah lg,aku rs aku tak penah wish slamat hari bapa kepada ayah aku.aku pun xtau kenapa..aku pun xtau ms zaman skolah dulu sambutan hari bapa ni dah wujud ke?klu mmg dah wujud tp aku xtau,nmpk sgt aku mmg tak mengambil tau..hahaha...truknye..xpela...xkan nk tunggu hari bapa je br nk special2 ngn ayah kita..tiap2 hari pun sepatutnya adalah hari yang special utk mereka..chewah (xkn nk tiap2 hari bg prezen kut).hehe...lagipun besday ayah aku mmg dekat2 dengan tarikh hari bapa.sbb tu xpasan pasal ari bapa kut..(ceh alasan)

kepada member2, sempena hari bapa nih korang wish lah kat ayah korang n bg la sesuatu yang special utk mereka..jgn smpai terlambat dan korang akan rs terkilan..selagi hayat mereka ada, cubalah utk membahagiakan mereka..betapa besar pengorbanan mereka dari kite dalam perut ibu smpailah kite besar..slagi ada masa,balas lah segala pengorbanan mereka..

aku hanya ada mak..dan sebolehnye aku cube membalas pengorbanan die dan membahagiakan die sblm terlewat

20 June 2009

kenape saya perlukan kereta saya

herm..tajuk cam tajuk karangan budak darjah 1 kan..teringt zaman2 sekolah dulu..hhehe

pejam celik pejam celik dah 2 tahun da aku ade lesen kereta..dan semalam aku br tuka lesen P aku kepada lesen full. ms drive pas dapat lesen full tu terasa sesuatu perasaan yang luar biasa..haha..mungkin disebabkan tempoh percubaan telah tamat..da xde da marit2 tu (yeke?aku lupe la pasal merit tu camne).

pejam celik pejam celik gak, rupe2nye dah setahun lebih aku mempunyai kereta sndiri yg aku dpt dengan hasil titik peluh sendiri.huh..bangganye..wpun hutang piutang aku makin byk,tp aku tak kisah sebab kereta aku tu byk jasanya..

dengan ade kereta aku tak payah nk susahkan orang lain klu nk pegi mana2..aku plak jenis tak suke menunggu dan ditunggu..tak payah nk susahkan diri utk naik public transport yang perkhidmatannya kadang2 camharam..zaman skang ni aku rs cam berkereta adalah satu keperluan (tp pada org yang tak segan nk tumpang2 org dan rela menunggu public transport berejam2 mungkin rs tidak berkereta tu suatu penjimatan).

dengan ada transport sendiri ni aku rs aku dpt hidup berdikari..tak bergantung pada org..walaupun gaji aku ckup2 makan,tp hidup aku cam bebas..ble nk shoping,bleh shoping smpai penuh bonet tanpa memikirkan perasaan tuan kereta apabila bonet penuh dengan barang org lain,ble jiwe kacau,bleh drive tanpa tujuan sambil mendengar radio,ble tensen,bleh drive laju2 sampai rs puas(kdg2 je aku buat yang nih).ble lapar boleh pegi ke kedai makan berhampiran..bleh slalu tolong org dan mengurangkan kite menerima bantuan org (tangan yang memberi lebih baik dr tangan yang menerima..cheewahh)

tapi bile berkereta ni byk bende yang kene korbankan..hidup mungkin tak berapa mewah..tak bleh nk shoping2 sakan melainkan anda ade kad magik(owh aku sudah ada kad itu tp rsnya kad itu telah membunuhku..tak lama lagi aku bunuh kad tu plak)..sebulan mungkin kena spend dlm 3ratus utk bg minum kete..ckup 3 bulan kene pegi service..klu ada problem byk lah spare part yang kene tuka..genap setaun kene byr road tax dan insurance plak..separuh dari gaji hanya untuk kereta..blum lg bil2 dan hutang2 yang perlu dibayar..mmg kadang2 budget bulanan aku smpai -ve..huhu..mana nk korek duit?tp stakat ni alhamdulillah aku xde la ujung bulan sesak sampai xde duit nk makan atau smpai pinjam duit org (aku pun xtau cane ade duit lebih pdhal ble wat budget sume -ve..pastu overhead sume dpt byr)..kadang2 ade duit lebih utk bg pinjam org lg..pelik2..hehe..

dengan ada kereta gak byk benda yang membahagiakan bleh dilakukan..contohnya membawa anak-anak sedara bersiar2,membawa mereka ke kedai (kanak2 mmg suka berjalan2 menaiki kereta bukan?)melihat kanak2 gembira adalah sesuatu yang sgt membahagiakan.selain tu aku dpt membawa mak aku berjalan2 juga..aku boleh bawak mak aku ke mana mak aku nk..yelah..mak aku single mother yang tak tau membawa kereta atau motor..kalau aku tak dapat nk bwk mak aku mungkin mak aku terdetik kat hati die "klu arwah suami ada lagi mungkin tak macam ni"..huhu..tidak....tidak..tidak..jgn lah terdetik kat ati mak camtu.seorang anak takkan biakan ibu bapa dalam kesusahan kan?

berkereta juga memudahkan aku untuk slalu pulang ke kampung..dulu sblm aku berkereta,perjalanan ke kampung macam sesuatu yg amat memenatkan..yelah..dr umah naik teksi utk pg stesen komuter..dr komuter tuka ke star LRT utk smpai ke puduraya..kat puduraya bersesak2 plak utk cari tiket..ble da dpt tket naik bas menuju ke kampung..dah smpai hentian bas,pegi cari bas mini plak yang msuk ke kawasan kg aku tu..cube kire brape public transport yang aku kene naik utk 1 perjalanan balik ke kampung..huhu..

ble ade kereta,aku bleh blk kg dengan mengambil ms hanya 2 jam setengah..nk blk setiap minggu pun xpe..(tp duit xde).pastu dr kg,tau2 je lah mak mesti nk bwkkan macam2 benda..pisang lah,sayur2 lah,nasi lemak lah..(sebenarnya aku yang nk bwk)klu musim buah mmg penuh lah satu kereta..sumbat lah mana yang bleh sumbat.tp aku tak kisah..aku rs tu pun sesuatu yang sangat membahagiakan..sbb ms aku naik bas,nk bwk bnyk benda tp xleh sbb tak ckup tgn nk bwk..tensen je rs.

kerja aku pun memerlukan aku berkereta..kadang2 aku perlu berjumpa client dan menghadiri miting(klu company aku ade kereta dan driver mungkin bleh bertahan lg.hehe)

so,kenape saya perlukan kereta saya?sbb saya memang memerlukannya..hehehehe




07 June 2009

ganu kite


pertengahan bulan yang lalu, sands consulting sdn bhd telah mengadakan company trip ke terengganu..aktiviti utama yang dirancangkan adalah mencandat sotong dan snorkling di pulau kapas..so kami bertolak dari bangi pada jam 10stgh pg dengan menaiki bas yang telah disewa.perjalanan mengambil masa kira2 9 jam..huh!perjalanan yang agak lama..
kami tiba pada jam 7 ptg..dan kami telah menginap di Anguilia beach resort di daerah Marang..

aktiviti pertama : candat sotong

selepas mendapat bilik dan meletakkan barang masing2 kami terus bergerak ke jeti pulau kapas untuk mendapatkan bot untuk kami pergi mencandat sotong.kami telah diberi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan team moon dan kumpulan team bikay...pembahagian kumpulan ini adalah untuk mengadakan perlawanan kumpulan mana yang berjaya menangkap sotong paling byk..kami telah dibawa ketengah laut dgn menaiki 2 buah bot..sepanjang perjalanan kami dapat melihat ikan yang melompat2 secara berkumpulan..kelihatan sungguh comel sekali ikan2 tersebut. tiba di lubuk sotong,pakcik bot beri kami alat mencandat setiap seorg.kami pun memulakan aktiviti mencandat...cara mencandat seperti bermain layang2 ataupun gaya berdikir barat lagu ewow bulan..pencandat(erp betul ke pekataan ni) perlu menarik2 tali candat supaya sotong tersangkut di cangkuk candat (sori aku tak tau term yang betul..main belasah je nih)..lenguh gak tangan sbb sentiasa kena menarik2 tali candat tu..tak macam pancing ikan,bleh tinggal je joran tuh..nmpk joran gerak2 maknenye ade la ikan yang tersangkut..tp candat sotong nih lain cket..kite kene rs candat tu berat dr biasa atau tak..klu rs2 cam berat try tarik tali tu smpai atas..nasib2 ade la sotong yang tersangkut..sotong ni tak meronta pun..tp die akan menyemburkan dakwat hitam ble naik ke permukaan..so ms nk tarik sotong tu berjaga2 lah supaya tak terkena dakwat hitam tu...so ni pengalaman pertama aku..agak menyeronotkan lah..bertambah seronok bile aku the only one pompuan yang dpt sotong...hehe...yg lain2 tu smpai lenguh2 tangan sotong xmo sangkut gak..xpe..bleh exercise tangan..hehe...selepas lbh kurang 4 jam duduk atas bot da rmai yang mabuk2 laut..aku lak rs tak puas lg nk bercandat..

tibe-tibe...

enjin dan lampu bot terpadam...dan terhidu bau hangit.alemak kami sume da terdiam kecuakan...dala kat tgh2 laut..erkk...bile pacik bot check2 rupenye ade ikan kembung mensabotaj bot kami..ikan tersebut telah melompat ke dlm enjin dan membuatkan generator tebakar..huhu..kami tanye pacik tu "so bleh trus candat tak nih"..pacik tu bls "bleh tp bahaye..nnt tercandat lubang idung orang lain plak sbb gelap"...isk2..pndai plak pacik ni wat lawak..so kami tepakse pulang ke jeti dgn hasil candatan hanya 9 ekor sotong..manakala bot 1 lg meneruskan pencandatan mereka..


nota tambahan:hasil candatan kedua2 bot adalah sebanyak lbh kurang 30 ekor sotong yang sebesar dan sepanjang lengan en shah.2 ari berturut bbq sotong..smpai kami sume demam sotong..rs2nya mmg sebulan tak lalu nk makan sotong dah..









aktiviti kedua : snorkling

pada keesokan harinya kami pergi ke taman laut di pulau kapas untuk mejalankan xtvt snorkling.aku yang membuat persiapan tak brape terperinci telah membawa kamera underwater.sgt xcited untuk bersnorkling..yelah..ms pg sipadan aku tak ade kamera underwater lg...so aku membawa harapan yang tinggi untuk merakamkan gambar2 ikan dan karang laut yang bewarna warni.setelah memakai semua kelengkapan untuk bersnorkling,instructor telah membawa kami ketengah laut..sakan lah aku mengambil gmbar wlaupun keadaan dasar laut amat mengecewakan aku...byk karang laut yang telah mati.mungkin disebabkan pemanasan global dan sampah sarap yang telah bekumpul..ikan2 juga tidak semenarik seperti di sipadan..bertambah mengecewakan aku apabila kamera aku kehabisan bateri!huh..trus xde mood..xsempat nk amik gmbr ramai2 kat dlm laut..









broga hill

pada 30 may yang lalu aku telah pg mendaki bukit broga di semenyih.
untuk menjalankan ekspidisi tersebut aku perlu bangun seawal 4 pagi!
sebenarnya mengikut jadual asal,aku perlu sampai ke tempat pengumpulan peserta2 pada jam 5.45pg..da aku tak perlu bangun seawal 4 pg untuk smpai ke tpt itu memandangkan masa perjalanan hanya mngambil masa selama 15 minit.
tp disebabkan aku memvolunteerkan diri untuk membuat bekalan sandwich sardin kepada peserta2 terpaksalah aku bangun seawal itu untuk membuat sandwich tersebut..
aku tiba di tempat berkumpul pada jam 6 pg..terlewat sedikit dr ms yang dijanjikan..
kami berkumpul di petronas berdekatan kaki bukit dan bersolat subuh di situ smbil menunggu rakan2 yang lain yang belum tiba..
kami memulakan pendakian pada jam 6stgh pg..
kelihatan sudah rmai kumpulan2 lain yang sudah memulakan pendakian..
kami mendaki seawal itu untuk melihat matahari terbit..
tanpa sempat memanaskan badan kami trus mendaki..
menurut orang yang berpengalaman,jika pendaki mempunyai stamina yang tinggi,perjalanan mengambil ms setengah jam..
oleh kerana kami yang semuanya ala2 penternak lemak,perjalanan kami mengambil masa dlm 1 jam..(kire ok la tuh)hehe....
pendakian bermule dengan melalui ladang kelapa sawit dan kemudian mengharungi hutan yang tak berape cam hutan..keadaan bukit yang agak curam menyukarkan kami untuk mendaki..yela..masing2 kurang stamina..
br mendaki sikit da semput...hehe...
tp disebabkan terbayang keindahan puncak bukit membuatkan kami tidak berputus asa dan kembali bersemangat untuk meneruskan pendakian..bak kata encik machonyer "sebelom sampai kepuncak yg cantik semak belukar harus diredah,begitu la agaknya kehidupan manusia,setiap yg susah pasti akan disusuli yg indah"...chewah
bile kami dah berjaya smpai ke puncak,rupa2nya sudah ramai yang telah smpai ke puncak dan menunggu matahari terbit...tp sygnye cuaca pada hari itu tidak begitu baik...cuaca redup dan matahari malu2 untuk memunculkan diri...xpela...lain kali kami datang lg dan akan tunggu matahari terbit...so kami kat atas bukit tu berposing la sakan...seolah2 berjaya menawan puncak kinabalu..padahal bukit je...tp xpela...walaupun bukit tp keindahan kat atas tu tidak dpt digambarkan dengan kata2...so korang tgk la gmbr2 kat bwh nih












06 June 2009

room day

harini rmai pasangan yang melangsungkan perkahwinan.termasuk beberape orang rakan aku iaitu pasangan 

farhana dan suami
batu pahat,johor

azila dan suami
kelantan

nasa dan isteri
terengganu

subha dan hafiz
seksyen 4,bangi

nama2 suami atau isteri yang aku tak sebutkan nama tu harap maaf sebab aku tak tau nama pasangan masing2 sebab kad jemputan tak sampai ke tangan aku...
ada yang dihantar ke alamat kampung dan ada yang hanya disampaikan secara mulut ke mulut (bkn comolot okek).walaupun mereka menjemput aku, tapi aku tak dapat menghadirkan diri disebabkan beberape sebab...
antaranya sebab jauh,sbb takde mmber,sbb lewat dapat tau...maaf ye kawan2..(sok "kalau" aku kawen xde org dtg padan muke aku)

so....


arini seharian aku berkurung dalam bilik...
kuar dari bilik ble perut terasa lapar...
aku terasa nk tgk tv...
tp cam busan sbb ade abg ipar..
remote control sentiasa die pegang..pastu jap2 tuka channel..
busan gler...
so aku decide duk dlm bilik je...
harini cuaca cam panas..air cond dlm bilik plak rosak..huh..xpela...layankan je la..
dalam bilik bukak lap top,cari2 lagu,update blog,bersiar2 kat blog orang..
da busan pastu aku tdo...
da lame aku tak tdo siang di atas tilam yang empuk..slalu kat opis curi2 tdo kat sofa..tak lena sgt..mlm pun smbung surfing2 lg..
xtvt membaskin tak dapat nk buat sbb gitar da bwk p opis..rindu lak nk main gitar

esok tak tau nk buat ape...mayb sama cam xtvt arini..huhu

lagu lagi


suke starting lagu ni...muzik arrangement die cam best..pastu aku suke ngn suara amer nih..tapi kat vclip ni tak dgr starting lagu nih...klu nk dgr mp3 bleh la dload kat cni sofaz

okeh..clip kat bwh nih tak brape bes..aku terjumpe lg minah nih ms aku surf2...haha...layan layan~~

video maut








hehe..aku suke 2 muzik video nih..lagu agnes monica tu aku da jumpe lame da video tu...mmg layan laa...sedih pun ade gak...hari ni aku jumpe lagu 6ixth sense nih...memule dgr kat radio cam best je muzik die.tp aku sgt tak suke suare penyanyi die...cam tomok dulu2...tangkap meraung beb...haha...tp sbb lagu die cam best aku tak kisah.tp memule xtau lagu nih pasal ape...lirik die pun tak dgr sgt ms pasang kat radio.then ble cari2 lagu nih kat utube aku jumpe muzik video nih...erp...tebenti jap jantung...adeh...cam sedih je...jalan cite same je cam lagu agnes tu...boipren mati pas gado2...huhu...aku touching cket klu tgk video yang camni...mayb ade yang tau sbb ape kan...hehe

moral of the story...klu korng ade someone yg disayangi jgn la gado truk2 sgt...klu tak brape sayang xpe la...hahah..jgn la ngade2 nk majuk lama2...jgan wat org tu susa hati sbb kite..kite tak tau esok kite akan jumpe org tu lg ke tak...kan?klu tak sempat nk mintak maaf nnt mungkin akan rs terkilan seumur hidup 

aku di tag

lama da aku tak menulis kat blog nih..xde idea ar..n malas nk menaip..sindrom malas aku ade lg..smpai skang aku masih tak renew lesen dan tak service keta..haha...skang selama 2 minggu aku memandu tanpa lesen..malas ar nk g amik gambar..nk tuka lesen full kene bg gmbr...aku carik2 gmbar pasport dlm simpanan xde la plak..gmbr aku posing sendiri byk la...nk g kedai gambar buat gmbar pasport tgk2 ade kuar jerawat seketul yang besar kat dagu..bak kate encik misikeamanan aku ni suke kuar jerawat kat dagu...aku tak suke laa...tp jerawat tu yang suke2 nk kuar...isk2...

ok lah..aku telah ditag oleh cik saya_busan..so aku yang agak2 malas nih merajin2kan diri untuk menjwb soklan2 kat bwh nih

1.Ape perasaan anda sekarang?
- sgt malas

2.Saya nak makan?
   ikan terubuk bakar yang dipanggang oleh emak

3.Saya tak suka?
- orang yang mulut bising pot pet pot pet
-tak suke org yang berjalan lambat
-

4.Impian saya?
- sentiasa hidup dlm gembira..ada family sendiri..ada bisnes sendiri..

5.Haiwan yg saya tak suka?
- lipan

6.Saya harapkan?
bleh capai impian

7.Jika boleh putarkan mase?
- zaman kanak2..enjoy je

8.Saya pada 10 tahun akan datang?
- Berumur 35 tahun, ada family sendiri..ade umah sndiri..duduk umah jage anak-anak...jage makan minum suami...smbil buat bisnes kecik2 dr umah..hehe

9.Handphone saya adalah sebuah?
- henpon yang ada 3g tp xpenah gune

10.Saya pernah bercinta sebanyak?
- ntah...hahha

11.Saya suke pada?
- bende2 yang best

12.Kawan2 saya?
- ade macam2 sifat dan perangai

13.Pernah dikhianati?
- xpenah kut..aku anggap sume bende ade hikmah

14.Ape yg anda hendak lakukan terhadap org yg mengkhianati anda?
- doakan semoga dpt hidayah dan kembali ke pangkal jalan..hehe