30 March 2011

diam itu membahagiakan

sejak kebelakangan ini, aku tiada nafsu untuk bersosial, tiada nafsu untuk berbual bersama rakan-rakan di pejabat atau di alam maya apatah lagi ditelefon..aku tidak mahu mendengar kata-katamu.maaf.aku bukanlah pendengar yang baik.
ketika ini aku lebih selesa untuk mencari bahan bacaan untuk aku berfikir..dan meluahkannya diblog ini...ya..aku perlukan telinga yang mendengar keluhanku tetapi tidak mengkritik atau mengulas apa yang aku luahkan..dengar sahaja..jangan berkata apa-apa..

gelap.sunyi.sepi.sendiri

begitu banyak perkara yang difikirkan..begitu banyak persoalan yang bermain-main difikiran ku..berfikir tentang alam, berfikir tentang kehidupan. juga mencari ketenangan, mencari kebenaran dan mencari petunjuk untuk mengenali diri sendiri..apa yang diri mahukan, apa yang diri mencari..susah untuk difahami..apatah lagi orang yang bukan empunya diri..sukar dimengertikan...

susah bukan?

1 comment:

aku_tak_tau said...

mata dan telinga saya sudi saja mendengar dan melihat. dan mulut saya akan tertutup rapat tanpa berkata sebaris ayat.