24 July 2009

Aku Terima Nikahnya

mlm td,berjaya gak aku habiskan mmbaca buku nih.mayb ada yang tergelak bile tahu aku mmbaca buku yang begini memandangkan aku belum bkahwin dan takde planning nk kawen pun dalam ms terdekat ni..dan buku ni bukan lah sebuah novel tp sebuah buku yang bleh aku katakan sbgai bhan ilmiah..

Aku terima nikahnya adalah sebuah buku yang diceritakan oleh ustaz hasrizal berdasarkan dari pengalaman hidupnya sendiri..aku agak kagum gak ngn cara penceritaannya yang sgt santai tp ckup berisi yang mmbuatkan kite akan berpk ape yang disampaikan tu benar belaka..

sesuatu yang menarik dalam buku ni adalah pesanan-pesanan ustaz hasrizal tentang perkahwinan.bagaimana konsep perkahwinan itu perlu difahami oleh mereka yang berhajat kepadanya.

ramai yang melihat perkahwinan ni adalah tiket untuk halalkan ape yang haram dlm hubungan.tapi maksud perkahwinan adalah lebih jauh dari tu.perkahwinan adalah untuk memupuk erti kesefahaman,keterbukaan,saling menyokong antara satu sama lain,tanggungjawab,sabar dan bertolak ansur..sudahkah anda bersedia ke arah itu?

buku ni gak bleh dijadikan sbg panduan dan peringatan untuk kita mencari pasangan hidup dan dalam masa yang sama menjaga hubungan itu supaya mendapat keredhaan Allah dan bersedia memikul tanggungjawab supaya memperoleh keluarga yang bahagia.jangan mencari pasangan hanya untuk mengelak kesunyian..tp berpasanganlah dengan ada tujuan.pesanan ustaz lg,jangan bercouple jika tiada perancngan untuk berkahwin dalam masa terdekat

perkahwinan bagi mereka yang telah memperolehinya adalah antara nikmat terbesar yang dianugerahkan Allah.jagailah ia dengan penuh kemurnian dan kesempurnaan.

bagi yang belum kawin cam aku nih (nasihat utk aku gak) - ingatlah, bahawa Allah tidak pernah mungkir dengan kata-kataNya bahawa manusia ini diciptakan berpasang-pasangan. Pohonlah janji Allah itu lewat munajat kita. Kalau sampai saat ini belum ketemu, ketahuilah bahawa Allah masih mahu mendidik kita supaya kita lebih bersedia apabila tiba masanya. Mungkin juga kita inginkan sebuah perkahwinan kerana kesunyian..tp hakikatnya kita belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab dan kurangnya sifat bertolak ansur sesama insan.Jangan bersedih.perbaikilah diri kita dahulu sebelum berkongsi hidup. bersabarlah



erti hidup pada yang memberi..

kebiasaannya apa yang kita lakukan mungkin kita akan menharapkan balasan..tetapi yang sebenarnya KEIKHLASAN itu sungguh besar nikmat dan hikmahnya..jika ikhlas sentiasa dipupuk dalam diri mungkin hidup akan lebih bermakna dan bahagia..


ps:thanx kak ya sbb bg pinjam buku nih.aritu tgk cite surga cinta pun touching gak..huhu

No comments: