25 July 2009

Erti Hidup Pada Memberi

kata kata hikmah daripada ustaz hasrizal.aku still lg berfikir tentang ayat tu..hurm..jika memberi dari segi kewangan amatlah mudah..berikan sahaja wang kepada peminta sedekah..atau sedekahkan wang kepada rumah anak yatim..berilah seberapa byk yang kamu mahu dan seberapa ramai yang kamu jumpa.jika beri dengan ikhlas,insya Allah akan mendapat limpahan rezeki..aku penah rasakan nikmat itu...menyedekahkan dengan hanya beberapa ringgit dengan hati yang ikhlas,dan bulan itu aku rasakan rezeki aku sgt lah murah..ade je dapat duit dari mane2 sumber..org byr utang la...blanje mkn la...org bg duit upah la..memang terase murah rezeki lah mstu..

HATI...bagaimana dengan pemberian hati yang belum diberikan kepada sesiapa?soal hati?kepada siapa aku nk beri?sudahkah aku bersedia untuk memberikan hati dengan ikhlas?orang yang bagaimana akan aku berikan hati aku?bagaimana harus aku memilih yang terbaik..bagaimana untuk aku dpt memberi dengan sepenuhnya dan menerima dengan seadanya?

SAHABAT...bagaimana pula dengan erti memberi kepada sahabat..ikhlaskah ikatan persahabatan tersebut lebih lebih lagi jika pernah berlakunya persengketaan?bagaimana untuk aku menjernihkan semua keadaan?mungkin sifat .buang yang keruh ambil yang jernih dapat memulihkan keadaan..mmg lumrah manusia tidak pernah leka dari kesilapan.memberi maaf dan tidak mengambil hati adalah yang terbaik..berilah peluang untuk mengubah diri untuk menjadi yang lebih baik...lupakan perkara hitam yang telah berlalu...walaupun mungkin parut tidak dapat dihilangkan,tp biarlah parut itu kekal begitu tetapi jgn ditambah lagi parut yang baru

KASIH SAYANG...sifat memberi dengan penuh kasih sayang kepada keluarga,sahabat,saudara seagama,masyarakat sekeliling.mampukah aku untuk memupuk rasa kasih dan sayang kepada mereka?mampukan aku menjaga maruah mereka jika rasa kasih dan sayang tidak dapat aku berikan?mampukah aku menjaga hati mereka?tiada sifat kasih sayang mungkin hanya akan menimbulkan rasa dendam,iri hati,buruk sangka dan hasad dengki..berkali2 aku memperingati diri supaya menjauhkan dari sifat2 tersebut..mungkin aku tidak sepenuhnya memberi rasa kasih dan sayang kepada mereka..sebab itulah sifat2 tersebut sentiasa berada dlm diri

ERTI HIDUP PADA MEMBERI....

No comments: