25 February 2009

kisah sang kancil part 1

suatu ketika dulu...sang kancil hidup dengan gembira..kesana kemari bermain-main dengan kekasih pujaan hatinya sang harimau...walaupun mereka hidup gembira,tetapi percintaan mereka tidak disenangi oleh ibu sang kancil.ini kerana sang harimau tidak berpelajaran tinggi dan kelihatan seperti seekor harimau yang menghisap ganja kerana bentuk badan sang harimau yang tidak begitu sasa.tetapi sang kancil sgt menyayangi sang harimau..sang harimau juga sgt menyayangi sang kancil..sang harimau sanggup buat apa sahaja demi sang kancil..walaupun sang kancil bersikap kebudak budakan,sang harimau tetap bersabar..tidak pernah pun beliau meninggikan suaranya kepada sang kancil..

setelah hari berganti hari,tahun berganti tahunmereka memadu kasih,sang kancil terpaksa berpisah dengan sang harimau kerana sang kancil terpaksa melanjutkan pelajaran di negeri jiran..sang harimau tetap setia dan menunggu sang kancil..sang harimau sentiasa memberi semngat kepada sang kancil.

setelah bertungkus lumus menghadapi pelbagai rintangan ketika menuntut ilmu,akhirnya sang kancil berjaya menghabiskan pengajiannya dgn keputusan yang tidak berapa cemerlang tetapi berjaya juga utk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi...

bermula lah perancangan dan impian sang kancil untuk hidup bersama2 sang harimau.sang kancil berjaya melanjutkan pelajarannya yg lebih tinggi dan memilih bidang yang disukai oleh sang harimau..iaitu bidag pertukangan..sang kancil bercita2 untuk mmbuka bisnes pertukangan bersama2 sang harimau apabila sudah menghabiskan pengajiannya itu..

tetapi baru 2 minggu sang kancil menghuni pusat pengajian tersebut,sang kancil menerima berita buruk bahawa sang harimau jatuh sakit..sungguh cemas hati sang kancil..sang kancil ingin pulang menemui sang harimau,tetapi keadaan tidak mengizinkan ketika itu yang menyebabkan sang kancil tidak dpt pulang..sang kancil tidak dpt menemani sang harimau...ah..sedihnya mengenangkan nasib sang harimau yang terlantar kesakitan keseorngan..sang kancil cuba mencuri masa untuk pulang..wlaupun tidak mempunyai masa yang banyak,sang kancil cuba juga utk pulang menemui sang harimau..

2 minggu berlalu...keadaan sang harimau semakin lemah..sang harimau terpaksa die bedah...sang kancil tidak tahu apa yang perlu dilakukan..ketika itu pengajiannya baru bermula..untuk ponteng dari kelas juga sang kancil tidak berani..sang kancil cuba menghubungi sang harimau..tetapi hampa kerana sang harimau tidak mahu bercakap dengan sang kancil...apa salah sang kancil sehingga sang harimau tidak mahu bercakap dengannya..sang kancil cuba bersaba...sang kancil buntu...hujung minggu yang dinantikan telah tiba..sang kancil bergegas pulang utk menemui sang harimau...alangkah terperanjatnya sang kancil kerana keadaan sang harimau sangat teruk..perut sang harimau telah dibelah..sang harimau tidak mampu utk bangun dari tempat pembaringan..sang harimau juga tidak mampu utk bercakap..sungguh sedih hati sang kancil..suda tidak kelihatan lagi senyuman sang harimau..tidak terdengar lagi gurauan sang harimau...yang kelihatan hanyalah wajah kesakitan...sang kancil tidak sanggup melihat penderitaan sang harimau...

seharian sang kancil menemani sang harimau..keesokan harinya sang kancil terpaksa pulang ke negeri jiran kerana perlu menghantar tugasan..dengan berat hati sang kancil kembali ke negeri jiran...dengan hati yang kerisauan sang kancil tetap menyiapkan tugasannya..setiap detik sang kancil teringatkan sang harimau...dan malam itu,kerisauan sang kancil menjadi igauan ngeri...sang harimau yang dicintai tidak dpt diselamatkan lagi...meraung menangis sang kancil ketika itu...ya...mulai hari itu sang kancil tidak dapat menemui sang harimau lg.....sang kancil terpaksa menerima segala ketentuan....

No comments: