10 August 2011

salam Ramadhan

Tidak terlambat untuk aku mengucapkan salam Ramadhan walaupun hari ini sudah masuk hari yang ke-10. Alhamdulillah sehingga hari ini aku masih lagi berpuasa penuh walaupun hari pertama aku dah demam..hehe..

Ramadhan kali ini aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.usrah haritu naqibah ade bertanya, apa senarai yang telah dibuat untuk ramadhan kali ini..aku dengan rakan2 usrah keluarkan la senarai kami walaupun senarai kitorng kebanyakannya sama je.nasib baik aku dah membuat azam untuk khatam al-Quran.walaupun masih lagi tidak mencapai target,tp aku sedaya upaya bertadarus selepas waktu subuh..

Menanam azam untuk menjadi yang lebih baik dibulan Ramadhan aku terasa ianya lebih bermakna jika dibandingkan dengan berazam di awal tahun..aku terasa kelainannya..dan mudah-mudahan selepas ini aku berubah menjadi seorang yang lebih baik..

antara senarai yang aku da buat untuk Ramadhan ini
1.khatam al-Quran(kalau tak berjaya atleast setiap pg aku sempat bertadarus)
2.lepas subuh tak nak tdo
3.pg opis awal
4.tak nak makan/berbelanja berlebihan masa iftar

dan aku berharap tidak hanya dilakukan  pada bulan Ramadhan ni je..insyaAllah..Amin

No comments:

Post a Comment