06 April 2011

tolong jangan menangis...

seawal pagi...tersedar dari tdo tah kenapa aku teringatkan orang yang dah tiada...bukan sebab aku bermimpi pada malamnya..tp tah la..tiba-tiba dia hadir dalam minda...ketika air mmbasahi tubuh ketika itulah empangan air mataku pecah..

rindu sangat....

aku juga rindukan orang yang masih ada...tapi kewujudannya tidak mengendahkan aku disini..ya...mungkin kerana itu aku teringatkan orang yg telah tiada...ketika aku dirundung sedih dan masalah aku selalu berkata "kalau awak ada lagi mesti sy tak jd macam ni"...tp siapa la aku nk menentang takdir ilahi...dan..berdosa juga bila aku berkalau-kalau...astaghfirullahal azim....

sedang aku bersiap-siap, abang kembar kepada orang yang aku ingati itu menelefeon ku...terkedu sebentar..setelah hampir 3 tahun tidak berhubung,ketika aku merindui adiknya,dia datang bertanyakan khabar...

memandu ke tempat kerja....aku mendengar topik pagi era...topik hari ini mungkin lalai..aku pun tidak pasti...tapi ketika aku membuka radio, ada seorang pemanggil..dia menceritakan tentang dirinya yang lalai menjalankn tanggungjwb terhadap isteri yang sedang mengandung yang disebabkan oleh seorang perempuan yang lain.sehingga lafaz cerai diberikan...tetapi selepas kelahiran, baru dia tersedar tentang kealpaannya.dia menyesal dan memujuk isterinya kembali dan berjanji akan menjaga sebaik-baiknya...sekali lagi empangan air mataku pecah...ya Allah...kenapa basah sungguh hati aku hari ini.....

di ofis...seorang rakan mengadu kepadaku tentang kesedihannya selepas kematian rakan baik...ya..aku faham perasaan kamu...lebih-lebih lagi pemergiannya selepas kamu berbalah dengannya...aku juga pernah mengalaminya...betapa terkilannya ketika itu...walaupun aku menasihati kamu supaya tabah, ketahui lah...empangan ini juga turut pecah...

basah dan basah lagi mataku...

tengahari...

aku membelek-belek gambar di facebook..aku membelek gambar abang kembar orang yang aku rindui itu...ya..muka mereka sama...suara mereka sama...tiba-tiba aku mendapat sms daripadanya...macam tau-tau je aku tgh stalk dia kat fb..hehe

dia : aku mimpi arwah cari ko subuh tadi.dah bape hari aku ingat die n ko
aku : yeke..ape tandanya ye? aku selalu sedih n ingat die bile aku ade problem ngn relationship.dengan die dulu blh bertahan bertahun2..aku tak tau ape masalah sebenarnya.ko msg ni mcm tau-tau aku tgh sedih
dia : aku kembar arwah..sikit banyak mesti ada rasa yang same dalam diri...aku xtau nk cakap ape..tp aku ingat pesan die 'jaga ima'..aku mimpi die datang jumpe aku suruh aku cari ko..tp bila aku datang rumah ko, mak ko cakap ko da 'takde'..aku nk bgtau die tp aku terus tersedar dari tdo...


dan dengan segera aku ambil wuduk dan solat...masih lagi berfikir apa makna disebalik mimpi itu......

1 comment:

  1. terima kasih kerana ada, saat saya memerlukan awak. maaf sekiranya ketabahan saya yang direntap ini, menyebabkan awak juga turut berduka.

    ReplyDelete