-Sebagai tempat perbincangan di ruang komen atau chat box dari pelbagai lokasi di seluruh dunia.
-Melatih kemahiran menulis, walau dalam pelbagai bahasa.
-Melatih kemahiran seni reka digital, terutama design blog, kod CSS atau ‘blog skin’.
-Tempat menyampaikan idea, gagasan atau tugasan, jika Anda seorang pensyarah, atau guru.
-Tempat untuk seseorang itu berkongsi cerita kisah suka, duka,keperitan,keceriaan dan sebagainya
blog juga mempunyai beberapa kategori
1.blog peribadi
2.blog perniagaan
3.blog informasi
4.blog komuniti
secara jujurnya,blog aku ni aku nak kategorikan sebagai blog peribadi..hehe..sbb kat blog ni aku suke bercerita tentang hal peribadi aku..pasal hidup,kerja,keadaan sekeliling,family...ya..aku ingin berkongsi dengan pembaca (klu ade yg nk bc la)..fakta2 ni aku xbrapa reti nk bercerita..byk yang aku copy and paste dr sumber lain.tapi bile anda bercerita tentang diri anda di dalam blog,mungkin anda akan terdedah kepada perasaan2 yang tidak elok dari pembaca2..contohnya perasaan hasad dengki,bersangka buruk,perasaan cemburu dan sebagainya..
sebagai contoh,jika anda bercerita tentang kepenatan anda di tempat kerja,mungkin ada pembaca yang akan meluat dengan keluhan anda..mungkin mereka akan berkata "ah..macam die sorang yg bekerja dlm dunia ni" ataupun kamu upload sebanyak2 gambar makanan yang kamu masak.tujuan kamu hanya untuk berkongsi menu atau sebagainya..mungkin ada pembaca yang akan membuat spekulasi mengatakan "konon la tu pndai masak pastu tunjuk2 kat blog..nak biakan lelaki/perempuan terpikat la tu"..itu mungkin kata-kata pembaca2 yang berbagai2 perasaan negatif ketika membaca blog anda.aku pun pernah juga berperasaan begitu..tp tahukah anda pembaca sekalian..dengan berperasaan begitu ia hanyalah akan merugikan diri anda sendiri.anda akan berfikiran negatif,berburuk sangka,dan jika anda bercerita kepada orang lain pula mungkin akan menimbulkan perasaan tidaksenang hati dan membawa kepada umpatan atau fitnah..tidak penatkah anda untuk memikirkan sesuatu benda yang sebenarnya tiada apa-apa?
marilah kita sama-sama mengubah persepsi kita kepada blogger yang suka menceritakan kisah hidup seharian mereka.bukankah sesuatu yang menyeronokkan jika kita tahu perkembangan kawan2 kita melalui blog,bukan?kepada sesiapa reader yang menjadikan blog sebagai sumber untuk dijadikan bahan cacian,umpatan,carutan,silalah tinggalkan blog aku nih..tidaklah kamu berasa panas hati dan tidak puas hati nanti.mungkin kamu hanya sesuai untuk membaca blog berbentuk fakta sahaja!
Mk tmbh lg satu:
ReplyDeleteSelain dr bercerita hal peribadi, blog juga boleh dijadikan medium untuk menegur dan memberi nasihat..sama ada khusus kepada individu tertentu, umum mahupun kepada diri sendiri. Tapi lain jadinya bila orang2 yang tidak berkaitan pula yg sibuk2 nak terasa dan mula menyimpan rasa tidak puas hati kepada penulis.
Contohnya:
Aku sendiri yang pernah memberi pendapat dan nasihat tentang rakan2 yang mengalami masalah dengan orang sekeliling dan sedikit pandangan untuk menanganinya.Ikhlas, tulisan itu ditujukan kepada teman SEPEJABAT yang bermasalah dengan rakannya dan juga pada diri AKU sendiri.Tapi tidak semena2 tulisan itu dikatakan mencalar hati orang lain yang tiada dan tidak pernah ada kaitan dengan aku gara2 aku membayangkan di dalam tulisan tentang rakan2 baik aku. Sedangkan bila disebut rakan baik aku tidakla semestinya berkaitan kelompok institusi terakhir aku bercampur walaupun sememangnya aku ada rakan2 baik baik disana; kerana aku masih berkawan rapat dengan kelompok awal aku membesar baik di sekolah rendah, menengah, matriks mahupun tadika lagi. Masih berhubung.
*Orang yang berprasangka buruk akan menuduh aku berbangga mempunyai ramai kawan baik.
** Orang yang sebaliknya boleh memahami aku cuba menerangkan situasi berprasangka buruk yang telah berlaku.
***Sori nenekun, panjang sangat komen ni. Sebab aku sudah malas terbitkan ulasan tentang hal ni dalam blog aku dan tidak mahu menyentuh lagi berkaitan orang yang tidak ada kena mengena dengan hidup aku.Sila berlalu dari blog aku kalau masih tercari2 bahan cemuhan.
erp..da bleh jd satu entry nih..sib baik la ko tulis note kat bwh tu..hehe..nway thanks sbb bg komen yang pnjang dan berisi..
ReplyDeleteBila bercerita kisah diri sndiri kene kutuk, kene cemuh, dikatakan bajet cun.. Bila bercerita pasal org keliling, ade pulak yang salah anggap, dikatakan bajet cun juga. Aih, jadi mau bercerita kisah apa baru tak bajet cun? Mungkin juga hanya perlu wujudkan entry fakta, copy paste dr internet jek..
ReplyDeletehehe..entry ni bkn ditujukan pade seseorg,due org atau pun 3 org..tp just utk peringatan je utk semua..termasuk diri sndiri..so sape yg terase mintak maaf byk2..tp klu tak penah buat sure la tak terase kan..aku pun terase ngn entry aku nih sbb aku penah buat..hahaha..
ReplyDeletebetul3..
ReplyDeleteblog juga bagus untuk terapi mental dan anger management..
luahkan kemarahan dan masalah di dalam blog.
tp kdg2 ade reader yg slh faham..kite ckp pasal org lain tp die lak terase :(
ReplyDelete