07 June 2009

broga hill

pada 30 may yang lalu aku telah pg mendaki bukit broga di semenyih.
untuk menjalankan ekspidisi tersebut aku perlu bangun seawal 4 pagi!
sebenarnya mengikut jadual asal,aku perlu sampai ke tempat pengumpulan peserta2 pada jam 5.45pg..da aku tak perlu bangun seawal 4 pg untuk smpai ke tpt itu memandangkan masa perjalanan hanya mngambil masa selama 15 minit.
tp disebabkan aku memvolunteerkan diri untuk membuat bekalan sandwich sardin kepada peserta2 terpaksalah aku bangun seawal itu untuk membuat sandwich tersebut..
aku tiba di tempat berkumpul pada jam 6 pg..terlewat sedikit dr ms yang dijanjikan..
kami berkumpul di petronas berdekatan kaki bukit dan bersolat subuh di situ smbil menunggu rakan2 yang lain yang belum tiba..
kami memulakan pendakian pada jam 6stgh pg..
kelihatan sudah rmai kumpulan2 lain yang sudah memulakan pendakian..
kami mendaki seawal itu untuk melihat matahari terbit..
tanpa sempat memanaskan badan kami trus mendaki..
menurut orang yang berpengalaman,jika pendaki mempunyai stamina yang tinggi,perjalanan mengambil ms setengah jam..
oleh kerana kami yang semuanya ala2 penternak lemak,perjalanan kami mengambil masa dlm 1 jam..(kire ok la tuh)hehe....
pendakian bermule dengan melalui ladang kelapa sawit dan kemudian mengharungi hutan yang tak berape cam hutan..keadaan bukit yang agak curam menyukarkan kami untuk mendaki..yela..masing2 kurang stamina..
br mendaki sikit da semput...hehe...
tp disebabkan terbayang keindahan puncak bukit membuatkan kami tidak berputus asa dan kembali bersemangat untuk meneruskan pendakian..bak kata encik machonyer "sebelom sampai kepuncak yg cantik semak belukar harus diredah,begitu la agaknya kehidupan manusia,setiap yg susah pasti akan disusuli yg indah"...chewah
bile kami dah berjaya smpai ke puncak,rupa2nya sudah ramai yang telah smpai ke puncak dan menunggu matahari terbit...tp sygnye cuaca pada hari itu tidak begitu baik...cuaca redup dan matahari malu2 untuk memunculkan diri...xpela...lain kali kami datang lg dan akan tunggu matahari terbit...so kami kat atas bukit tu berposing la sakan...seolah2 berjaya menawan puncak kinabalu..padahal bukit je...tp xpela...walaupun bukit tp keindahan kat atas tu tidak dpt digambarkan dengan kata2...so korang tgk la gmbr2 kat bwh nih












No comments:

Post a Comment